Senarai Tugas Ahli

Timbalan Pengarah Akademik
  • Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dibangunkan, dilaksanakan dan diselenggara.

  • Memastikan kesedaran terhadap SPK diwujudkan melalui pendidikan, latihan dan pengawasan.

  • Memastikan penganugerahan akreditasi setiap program dapat diperolehi dan pengiktirafan Pensijilan MS ISO 9001:2015 dapat dikekalkan.



Ketua Unit
  • Menyelaras dan menyediakan takwim aktiviti unit yang berkaitan akreditasi program dan pensijilan MS ISO 9001:2015 beserta keperluan bajet.

  • Memantau aktiviti unit supaya berjalan dengan lancar.

  • Melaporkan kepada wakil pengurusaan berkenaan dengan pencapaian SPK dan sebarang peningkatan yang diperlukan.



Setiausaha
  • Menguruskan persediaan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat unit.

  • Menyediakan minit mesyuarat.

  • Menguruskan surat, memo dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan unit dari masa ke semasa.



Pegawai Sistem Kualiti
  • Mengurus dan mentadbir SPK organisasi mengikut keperluan MS ISO 9001:2015.

  • Memantau aktiviti pengurusan risiko dan peluang dalam proses penambahbaikan berterusan dalam SPK organisasi.

  • Melaporkan segala perkembangan aktiviti SPK organisasi kepada Ketua Unit Jaminan Kualiti.



Penyelaras Akreditasi MQA
  • Merancang dan menyelaras aktiviti MQA yang berkaitan dengan akreditasi program.

  • Menyelia permohonan akreditasi program.

  • Mengenalpasti sumber dan memohon peruntukan untuk aktiviti berkaitan MQA.

  • Merancang, menyelaras dan memantau keperluan dokumen MQA bagi program akreditasi MQA.

  • Memaklumkan Ketua Jabatan jika rekod kualiti tidak dikendalikan oleh pegawai yang diberi kuasa/dipertanggungjawab supaya rekod mudah dikesan untuk tujuan penilaian, pengauditan dan rujukan.



Penyelaras Akreditasi MBOT
  • Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti yang berkaitan dengan akreditasi MBOT.

  • Merancang, menyelaras dan memantau keperluan dokumen SRR02 program bagi akreditasi MBOT.

  • Memantau keperluan semasa yang berkaitan dengan akreditasi MBOT bagi setiap program.

  • Menerima arahan dalam pelaksanaan akreditasi MBOT di peringkat Kolej Komuniti seperti yang diarahkan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Akademik dari semasa ke semasa.



Ketua Audit Dalam ISO
  • Membuat perancangan audit tahunan yang merangkumi audit dalam dan audit luar.

  • Menyelenggara Prosedur Kerja Audit dalam termasuk rekod-rekod audit.

  • Menguruskan perlantikan dan latihan untuk Juruaudit.

  • Menguruskan audit bermula dari peringkat perancangan, perlaksanaan, pemantauan, pembentangan mesyuarat penutup, analisa, pelaporan hingga pembentangan dalam mesyuarat KSP.

  • Menguruskan kelancaran audit SPK dengan pihak luar perancangan, persediaan, perlaksanaan dan tindakan pembetulan.

  • Menguruskan komunikasi dengan semua pihak berkaitan perlaksanaan audit.



Penyelaras Takwim dan KPI
  • Memberi info dan maklumat agar objektif kualiti dan piagam pelanggan selari dengan kehendaki KPI institusi dan jabatan.

  • Membuat hebahan tarikh-tarikh penting di bawah UJK termasuk aktiviti pensijilan ISO, akreditasi MQA dan MBOT.