Mendaftarkan semua dokumen yang telah disediakan oleh Wakil Pengurusan/Ketua Unit.
Memfailkan dan menyerahkan dokumen kepada Pegawai Sistem Kualiti untuk disemak.
Membuat salinan dokumen secukupnya untuk edaran kepada pengguna dokumen.
Memastikan ada cop “SALINAN TERKAWAL” di muka hadapan setiap salinan dokumen.
Mengedarkan dokumen kepada pengguna dokumen dan mendapatkan tandatangan penerimaan.
Memfailkan dan menyimpan semua dokumen yang telah diluluskan di Bilik Kualiti.
Merekodkan maklumat pindaan di dalam Rekod Pindaan Dokumen setelah diluluskan oleh Wakil Pengurusan.
Menyediakan dan mengedarkan salinan dokumen pindaan.
Melupuskan semua dokumen yang telah dipinda dan membatalkan penggunaannya.
Memfailkan borang kualiti lama yang tidak digunapakai untuk tujuan semakan.